Pusat Tamadun Melayu teguhkan budaya kebangsaan

Pusat Tamadun Melayu teguhkan budaya kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pusat Tamadun Melayu yang dicadangkan untuk diwujudkan di Kuala Lumpur bakal menjadikan ibu negara boleh berfungsi sebagai lokasi peneguhan budaya kebangsaan.

Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Pena), Dr. Mohamad Saleeh Rahamad berkata, pihaknya menyokong syor ini, namun ia perlu disertai punca kuasa dan cukup peruntukan untuk menjadi pusat bersepadu kajian, pendokumentasian dan pengembangan.

Mohamad Saleeh berkata, Melayu memiliki banyak khazanah yang masih belum diuruskan sempurna kerana tiada penyelarasan peranan antara pelbagai agensi.

“Bidang penyelidikan mengenai kaum ini masih jauh ketinggalan jauh sehingga kewujudan warisan ketara dan tidak ketara tersorok di bawah timbunan kemajuan material,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Cadangan berkenaan disuarakan Ahli Dewan Negara, Datuk Seri Dr. Awang Sariyan ketika perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2023 demi mencerminkan kekayaan tamadun Melayu sebagai bangsa teras di negara ini.

Warisan pribumi itu yang sejarahnya bermula puluhan ribu tahun lalu di Pentas Sunda dan dikenali Alam Melayu, pernah diutarakan Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr. Rais Yatim sejajar usaha Kerajaan Perpaduan menyemak posisi kebudayaan sebagai cara hidup jentera pentadbiran berdasarkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dibentuk pada 1971 lalu.

Justeru dengan ada pusat yang lengkap berstruktur, aspek pendokumentasian dan kajian dapat dibuat secara berpusat serta boleh dijadikan tumpuan oleh ramai sarjana dari luar.

Selain itu tegas beliau, Pena turut menyokong syor Awang agar Akta DBP 1959; yang sudah pun diperluaskan pada 1995, dapat diterima oleh pihak kerajaan untuk pelaksanaan jitu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.