Perseteruan UMNO, DAP boleh jejas kerajaan perpaduan

Perseteruan UMNO, DAP boleh jejas kerajaan perpaduan

Perseteruan UMNO, DAP boleh menjejaskan kerajaan perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Perseteruan antara UMNO dan DAP akan menjadi lebih parah jika ia tidak diselesaikan di peringkat dalaman.

Malah penganalisis politik, Prof. Madya Dr. Mohd. Izani Mohd. Zain berkata, keadaan itu juga mampu menjejaskan kedudukan kerajaan perpaduan yang kini di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

“Kita tahu kerajaan perpaduan sekarang adalah kerjasama yang dibentuk selepas pilihan raya. UMNO dan DAP merupakan parti yang sangat berbeza dari segi dasar perjuangan, namun kerjasama kedua-dua parti ini dalam kerajaan perpaduan sangat penting kerana ia mampu mengganggu, mengancam dan menjejaskan kekuatan mereka sendiri jika tidak diselesaikam dengan baik.

“Kalau ada pertikaian, perbezaan ia harus diuruskan secara dalaman kerana dikhuatiri akan menjejaskan hubungan kedua-dua parti,” kata pensyarah Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) itu ketika dihubungi, semalam.

Kebelakangan ini UMNO dan DAP dilihat saling membalas kenyataan berhubung peranan yang dimainkan khususnya menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Naib Pengerusi DAP Perak, Dr. Aziz Bari berkata, peranan UMNO menarik sokongan orang Melayu masih tidak jelas memandangkan peranan tersebut kini dimainkan oleh Perikatan Nasional (PN).

Bagaimanapun, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, DAP harus sedar yang parti itu menjadi liabiliti bagi rakan gabungannya itu dalam usaha memikat semula sokongan pengundi Melayu.

Mengulas lanjut, Izani dalam masa yang sama turut berkata, meskipun kerjasama UMNO dan DAP sebelum ini tidak pernah dijalinkan, namun beliau yakin ia boleh dibentuk memandangkan kedua-duanya merupakan parti yang sudah lama.

“Dalam politik, apa sahaja boleh berlaku. Walaupun kerjasama DAP dan UMNO ini ibarat langit dan bumi, mereka masih boleh kerjasama kerana UMNO dan DAP masing-masing pernah menyatakan mereka samgat mengenali antara satu sama lain.

“Tetapi dengan syarat, mereka perlu meletakkan kepentingam rakyat di hadapan berbanding kepentingan parti itu sendiri,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya