‘Kalau bulan puasa ni pun tak berhenti mengata, bila lagi?’ - Utusan Malaysia

‘Kalau bulan puasa ni pun tak berhenti mengata, bila lagi?’

ISMAIL Sabri Yaakob menziarahi kanak-kanak asnaf yang tinggal di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh di Keramat AU3 ketika Program Kongsi Rezeki Ramadan. - UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kembali aktif selepas bulan Ramadan ini, namun bukan lagi dalam bidang politik.

Katanya, beliau akan lebih fokus dalam bidang lain termasuk bantuan dan amal kebajikan bersama anak yatim dan golongan asnaf serta terus memperkukuh Bahasa Melayu yang menjadi perjuangannya sejak dahulu lagi.

“Puasa ini kita slow, jaga mulut bulan puasa ini, lepas raya nanti insya-Allah kita tengok keadaan bagaimana. Tetapi bulan puasa ini, eloklah kurang bercakap, kurang mengumpat, kurangkan mengata orang, kurang fitnah, itu lebih baik. Kita dah lama dalam politik, kita tengok dalam bulan puasa ini pun tidak berhenti bila kita nak berhenti perkara-perkara seperti itu, kan?

“Jadi saya buat keputusan, puasa ini kita berehat dulu, tetapi lepas raya nanti, kita akan aktif balik dengan NGO (pertubuhan bukan kerajaan), anak yatim, asnaf dan lebih kepada kerja-kerja kebajikan.

“NGO bahasa, sebab kita dulu berjuang dari segi Bahasa Melayu, mengantarabangsakan Bahasa Melayu, simposium yang saya sudah anjurkan dengan kumpulan pejuang Bahasa Melayu, mungkin kita adakan perkara yang sama, saya aktif balik dalam aktiviti yang mungkin bukan politik, tetapi lebih kepada NGO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyantuni anak-anak yatim di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kedudukannya kini yang dilihat tidak lagi aktif dalam politik selepas tidak mempertahan kedudukannya sebagai Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Pada ketika ini, beliau hanya memegang jawatan sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera bagi sesi 2023-2026 selepas menang tanpa bertanding. 

Mengulas lanjut mengenai barisan kepimpinan baharu UMNO kini, Ismail Sabri berkata, peluang harus diberikan kepada mereka untuk membentangkan hala tuju parti.

“Kita bagi peluang kepada mereka, nak bagi komen negatif ke positif, mereka baru pegang jawatan, baru sekali difahamkan Mesyuarat Tertinggi termasuk petang ini yang saya difahamkan, mungkin hala tuju belum dibentangkan dalam mesyuarat tertinggi, kemungkinan sebab baru sangat menang.

“Kita bagi peluang untuk mereka buat perancangan, selepas itu baru bagi komen. Tidak adil kalau baru menang tiba-tiba kita dah bagi komen macam-macam, bagi peluang,” jelasnya.

Terdahulu, Ismail Sabri memberi sumbangan dalam bentuk beberapa keperluan asas kepada seperti lampin pakai buang, barangan mandian, wang tunai dan makanan kepada 41 orang anak yatim di Rumah Amal Asnaf Al-Barakh yang terdiri daripada usia seawal lapan bulan sehingga 14 tahun. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya