Inap desa nampak sawah, bukit penuh musim raya

Inap desa nampak sawah, bukit penuh musim raya

KAKITANGAN Inap Desa Kebun Harumanis Wan Pa di Bintong membuat persediaan menyambut kedatangan pelanggan sempena Hari Raya Aidilfitri. – UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
KANGAR: Inap desa berlatarkan sawah dan bukit-bukau di ne­geri ini mendapat tempahan luar biasa sampai penuh sehingga seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri.
Pemilik Inap Desa Kebun Harumanis Wan Pa, Nurul Azlie Adzame, 41, berkata, tempahan tidak dijangka kerana semua inap desanya penuh dari tarikh 19 April sehingga 2 Mei depan.
“Tempahan penuh untuk tempoh sehingga seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri malah mereka turut menempah awal iaitu sebelum bulan Ramadan lagi,” katanya.
Kata Nurul Azlie, kebanyakkan pelanggan orang luar negeri ini yang pulang untuk beraya dan menginginkan keselesaan buat ahli keluarga selain ingin menikmati suasana beraya di kampung.
Selain itu, katanya, pengunjung turut membuat tempahan awal bagi membolehkan mereka bercuti selain menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga masing-masing.
“Mungkin pagi raya mereka pergi beraya di rumah keluarga dan kemudian pulang bermalam di inap desa. Cara ini mereka pun boleh menjaga aurat antara saudara mara,” katanya.
Dalam pada itu, Nurul Azlie berkata, dia bersama kakitangan membuat persiapan menyambut kehadiran pengunjung de­ngan hiasan lampu di inap desa bagi membangkitkan suasana hari raya.
Selain itu, bersempena mu­sim mempelam harumanis, pihaknya menawarkan percuma satu kilogram buah berkenaan epada pelanggan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya