Felcra umum RM183j Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022

Felcra umum RM183j Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022

AHMAD Zahid Hamidi menyampaikan replika cek kepada wakil Wilayah Felcra di Simpang Pertang Jelebu, Negeri Sembilan. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Felcra Berhad (Felcra) hari ini mengumumkan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek Peserta 2022 berjumlah RM182.7 juta yang akan dibayar kepada warga peserta Felcra seluruh negara secara berperingkat bermula hari ini. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, keuntungan itu akan memanfaatkan seramai 68,437 peserta Felcra yang melibatkan sebanyak 616 projek untung.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah mengumumkannya sewaktu berucap pada Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Sembilan di Kompleks Pentadbiran dan Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jelebu di Simpang Pertang di sini hari ini.

Yang hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias dan Pengerusi Felcra, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Pada majlis tersebut, Ahmad Zahid turut menyampaikan replika cek agihan keuntungan itu kepada wakil-wakil Wilayah Felcra di seluruh negara selain menyampaikan sumbangan kepada masjid dan pusat-pusat tahfiz di sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Pertang.

AHMAD Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan kepada pelajar-pelajar tahfiz
pada Majlis Majlis Santunan Kasih Ramadan Negeri Sembilan di Kompleks Pentadbiran dan Khidmat Wakil Rakyat Parlimen Jelebu di Simpang Pertang di Jelebu hari ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Felcra sementara itu dalam kenyataannya memaklumkan, prestasi bayaran akhir tersebut dipengaruhi oleh trend harga minyak sawit mentah (MSM), kos input pertanian dan kos tenaga buruh berikutan pelarasan gaji minimum yang dikuatkuasakan oleh kerajaan. 

“Jumlah agihan keuntungan tahunan projek-projek peserta Felcra Berhad 2022 telah meningkat kepada RM501,556,634 berbanding tahun 2021 sebanyak RM475,207,280 iaitu peningkatan sebanyak 5.54 peratus atau RM26,349,354,” kata kenyataan itu lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya