Tiga maut selepas kereta langgar kren

Tiga maut selepas kereta langgar kren

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Kira-kira tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta melanggar kren berhampiran Sekolah Tinggi Kuen Cheng di Jalan Syed Putra, Bukit Seputeh, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 3.46 pagi itu, kesemua maut di lokasi kejadian.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada pukul 3.46 pagi sebelum 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hang Tuah digerakkan ke lokasi.

Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II K Segar berkata, kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Saga melanggar belakang sebuah kren yang diletakkan di bahu jalan.

“Seorang pemandu lelaki didapati tersepit dalam kereta, manakala dua pekerja keselamatan yang menjaga kren turut cedera akibat dilanggar kereta terbabit.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan pemandu yang tersepit dengan menggunakan peralatan menyelamat, namun mangsa disahkan meninggal dunia,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, dua pekerja keselamatan yang menjaga kren dan didapati cedera kemudian turut disahkan meninggal dunia oleh petugas ambulans.

“Mayat ketiga-tiga mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” jelasnya.-utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya