Tanpa pemain bintang, Barca mampu kejutkan Madrid

Tanpa pemain bintang, Barca mampu kejutkan Madrid

PENYERANG Real Madrid, Karim Benzema (tengah) dicabar dua pemain Barca Marcos Alonso (kiri) dan Ronald Araujo pada separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol, awal pagi tadi.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Jaringan sendiri Eder Militao menghadiahkan kemenangan 1-0 Barcelona ke atas Real Madrid pada separuh akhir pertama Piala Raja Sepanyol di Stadium Santiago Bernabeu, awal pagi tadi.

Barcelona yang turun berdepan Madrid selepas dua kekalahan berturut-turut dan tanpa tiga pemain utama iaitu penjaring terbanyak Robert Lewandowski, pemain tengah Pedri dan pemain sayap, Ousmane Dembele berjaya melakukan kejutan.

Disingkirkan daripada Liga Europa oleh Manchester United minggu lalu dan kekalahan pertama berdepan pasukan kerdil La Liga, Almeria, penyokong Madrid melihat peluang terbaik untuk pasukan kesayangan mereka menambah derita Barca, sebaliknya terpaksa pulang kecewa.

Jaringan sendiri Militao selepas bola terkena dirinya dan menerjah gawang sendiri selepas 26 minit perlawanan berlangsung menyaksikan Barcelona memiliki kelebihan bagi aksi kedua 5 April ini di Camp Nou.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya