Surat RoS tular tidak diketahui-Ahmad Zahid

Surat RoS tular tidak diketahui-Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian bahawa kuasa menteri adalah kuasa muktamad bagi menentukan keabsahan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2022.

Justeru, usul yang dikemukakan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada PAU 2022 adalah sah dari segi Perlembagaan UMNO.

“Usul yang telah dibuat itu adalah mengikut Perlembagaan parti seperti ditafsirkan bahawa semua jawatan mesti dipertandingkan.

“Namun, apabila usul telah dikemukakan kepada PAU selaku badan tertinggi dalam Perlembagaan UMNO maka, Perhimpunan Agung telah buat keabsahan sebagaimana dilakukan oleh Pengerusi Tetap.

“Surat yang dikemukakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu adalah memberi kuasa kepada KDN untuk memberi keabsahah terhadap peraturan dan Perlembagaan UMNO,” katanya selepas Majlis Pengenalan Calon-calon UMNO malam ini.

Ditanya mengenai surat Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) yang tular, beliau berkata, beliau tidak mengetahui tentang surat berkenaan.

Terdahulu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyatakan, pihaknya telah meneliti mengenai ketetapan yang dibuat oleh perhimpunan tersebut daripada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan pada 3 Mac lalu.

“Merujuk kepada Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Persidangan UMNO berdasarkan Seksyen 70, Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832).

“Kementerian telah memutuskan untuk memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta 832 kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan yang telah diluluskan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2022 berkaitan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO yang tidak akan dipertandingkan pada pemilihan parti UMNO akan datang,” katanya.

Di bawah Seksyen 70, menteri diberi kuasa untuk mengecualikan mana-mana pertubuhan berdaftar daripada semua atau mana-mana peruntukan akta. utusan

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya