Russia ambil kira kekuatan nuklear NATO

Russia ambil kira kekuatan nuklear NATO

VLADIMIR PUTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Russia amat mengambil kira keupayaan nuklear Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) kerana Barat didakwa bersungguh-sungguh mahu menyerang dan menentang mereka.

Lapor CNBC, Presidennya, Vladimir Putin berkata, beliau memandang serius mengenai perkara itu berikutan negara-negara dalam NATO sudah pun mengisytiharkan mengenai matlamat utama mereka untuk mengalahkan Russia.

“Adakah mereka mahu melihat rakyat kita ‘menderita’ seperti yang mereka katakan? Dalam keadaan ini, bolehkah kita tidak mengambil kira potensi nuklear mereka?

Putin berkata demikian ketika ditanya dalam diwawancara di saluran TV Rossiya-1 pada Ahad lalu, menurut terjemahan NBC.

Putin berkata, Barat terlibat dalam ‘jenayah’ yang dilakukan oleh Ukraine iaitu membekalkan negara itu dengan senjata dan matlamat akhirnya adalah untuk memusnahkan dan memecah belahkan Russia.

Menyuarakan sentimen itu, Menteri Luar Russia, Sergey Lavrov berkata, Barat mahu mengasingkan dan juga ‘mendera’ Russia.

Sementara itu, Ukraine dilaporkan menerima sokongan dan bantuan kewangan daripada Arab Saudi pada hujung minggu ini.

Kerajaan itu, sekutu rapat Russia yang mempunyai hubungan sebagai pengeluar minyak utama, menghantar menteri luarnya ke Kyiv pada Ahad lalu untuk menandatangani perjanjian dan memorandum persefahaman bernilai AS$400 juta (RM1.8 juta) bantuan kepada Ukraine.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN