Masjid Kampung Delek Baru dinaiki air - Utusan Malaysia

Masjid Kampung Delek Baru dinaiki air

Masjid
TANGKAP layar daripada potongan video tular memaparkan limpahan hujan membanjiri di Masjid Nurul Amin, Klang, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Masjid Nurul Amin, Kampung Delek Baru, di sini dinaiki air pada paras buku lali kira-kira pukul 2 petang tadi selepas cuaca lembab tidak menentu sejak kelmarin.

Insiden banjir itu dirakam pengguna aplikasi WhatsApp sebelum tular menunjukkan air mula memasuki bangunan masjid ketika jemaah di sana sedang menunaikan solat Jumaat. Bagaimanapun, banjir tidak memasuki dewan solat utama.

Air dikatakan masuk ke dalam kawasan pekarangan masjid disebabkan hujan lebat yang turun sejak beberapa jam lalu hingga menyebabkan ramai jemaah terperangkap selepas selesai solat Jumaat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya