Enam terbunuh ditembak di sekolah swasta di Nashville

Mak nyah tembak tiga pelajar, tiga kakitangan sekolah swasta di Nashville

PARA Pelajar dibawa keluar dari kawasan sekolah selepas berlaku tembakan terancang di The Covenant School, Nashville. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NASHVILLE: Seorang bekas pelajar yang bersenjata lengkap menembak tiga kanak-kanak dan tiga kakitangan sekolah dalam serangan yang dirancang dengan teliti di sebuah sekolah rendah swasta di Nashville hari ini.

Ketua Polis Negara, John Drake menamakan suspek sebagai Audrey Hale, 28, yang kemudiannya disifatkan oleh pegawai itu sebagai seorang transgender.

Menurut Drake, Hale dikatakan mempunyai manifesto perancangan, peta sekolah yang memperincikan pengawasan dan pintu keluar masuk serta bersedia untuk konfrontasi dengan penguatkuasaan undang-undang.

Dalam temu bual dengan NBC News, beliau berkata, suspek berkemungkinan merancang serangan yang lebih luas kerana manifesto menunjukkan bahawa akan berlaku tembakan di beberapa lokasi dan sekolah itu adalah salah satu daripadanya.

Katanya, berbekalkan sekurang-kurangnya dua senapang serbu dan pistol, Hale memasuki The Covenant School, sebuah akademi Kristian dari pintu masuk sebelah dan didakwa menembak melalui pintu iaitu melepaskan beberapa das tembakan.

Polis mengenal pasti enam mangsa seorang daripada tiga kanak-kanak itu berusia lapan tahun dan dua lagi berumur sembilan manakala orang dewasa yang terbunuh berusia 60 hingga 61 tahun.

Salah seorang mangsa adalah ketua sekolah berkenaan, Katherine Koonce.

Terdapat beberapa kekeliruan awal tentang identiti jantina penembak. Walaupun polis merujuk suspek sebagai gadis, profil LinkedIn suspek mencadangkan Hale dikenal pasti sebagai seorang lelaki.

Polis berkata, pegawai berada di tempat kejadian dalam masa kira-kira 15 minit selepas menerima panggilan kecemasan pertama sekitar 10 pagi (waktu tempatan), berlaku berbalas tembakan sebelum suspek ditembak mati.

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden menyifatkan kes tembakan terbaharu itu sebagai satu kesakitan dan berkata keganasan senjata api benar-benar merobek jiwa negara ini.

Beliau turut menggesa Kongres meluluskan larangan ke atas senjata serangan yang sering digunakan dalam tembakan besar-besaran.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya