Lufya buat tuntutan Mut'ah RM1 juta pada bekas suami - Utusan Malaysia

Lufya buat tuntutan Mut’ah RM1 juta pada bekas suami

Mut'ah
DR. Che Muhammad Hafiz (kiri) bersama Julia Farhana ketika ditemui pemberita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor hari ini - UTUSAN / MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penyanyi, Lufya Omar membuat tuntutan Mut’ah berjumlah RM1 juta kepada bekas suaminya, Dr. Che Muhammad Hafiz Che Baharum di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.

Lufya yang tiba di mahkamah kira-kira pukul 8.30 pagi ditemani ibunya dan peguam syarie yang mewakilinya.

Dr. Hafiz dilihat hadir dalam di mahkamah bersama peguam syarie, Abdul Hadi Mohamad Salleh dan ditemani isteri, Julia Farhana Marin.

Abdul Hadi berkata, hari ini adalah pengurusan kes bagi tuntutan Mut’ah setelah Lufya memfailkan tuntutan berkenaan pada pihak mahkamah Oktober tahun lalu.

“Selepas tuntutan berkenaan, Lufya dan Che Muhammaf Hafiz melalui proses Sulh, namun proses itu tidak tercapai. Jadi hari ini adalah proses pengurusan kes dan kami sedang menunggu tarikh daripada pihak mahkamah untuk sebutan kes seterusnya,” ujarnya.

Bagaimanapun, Lufya enggan ditemui pemberita sebaik sahaja proses pengurusan kes selesai kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Dalam pada itu, Dr. Hafiz ketika ditemui berkata, beliau agak terkejut dengan amaun tuntutan Mut’ah yang dituntut Lufya.

Apapun, beliau menghormati tuntutan yang dibuat bekas isterinya itu namun menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan jumlah tuntutan yang perlu diberikan kepada Lufya.

Untuk makluman, Lufya mendirikan rumah tangga dengan Dr Hafiz pada 26 November 2016 dan dikurniakan Laana Haura, 5. Bagaimanapun, Lufya dan Dr Hafiz bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam pada pada 17 Jun 2020.

Selepas tiga tahun bergelar duda, pada 14 Disember tahun lalu,  Dr Hafiz akhirnya berkahwin dengan pelakon Julia Farhana. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya