Lelaki dicekup simpan 7.1 tan minyak masak peket di rumah

Lelaki dicekup simpan 7.1 tan minyak masak peket di rumah

ANGGOTA penguat kuasa KPDN Cawangan Pasir Mas memeriksa  minyak masak peket subsidi tanpa kebenaran di sebuah rumah di Kampung Jal Kechik, Tumpat, Kelantan semalam.-UTUSAN/IHSAN KPDN KELANTAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Seorang lelaki dicekup selepas dipercayai menyimpan sebanyak 7.1 tan minyak masak peket subsidi yang bernilai RM17,860 tanpa kebenaran di sebuah rumah di Kampung Jal Kechik, Tumpat di sini semalam.

Serbuan pukul 4.30 petang itu dilakukan oleh Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Cawangan Pasir Mas selepas menerima maklumat daripada orang awam.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya Suhaimi Abas berkata, berdasarkan maklumat itu, lima anggota penguat kuasa KPDN menyerbu rumah yang disyaki menyimpan barangan kawalan itu.

Menurutnya, pemeriksaan lanjut di kawasan rumah itu telah menemukan minyak masak peket bersubsidi seberat 7,140 kilogram disimpan di tepi rumah berkenaan dipercayai sejak empat hari lalu.

“Suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an juga didapati tidak mempunyai lesen berniaga.

“Siasatan lanjut mendapati, kesemua bekalan minyak masak itu diperoleh dari luar Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Suhaimi memberitahu, kes  disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya