Lapan maut, dua bot bawa pendatang asing terbalik di San Diego

Lapan maut, dua bot bawa pendatang asing terbalik di San Diego

Sebuah bot ditemukan terbalik di Blacks Beach di San Diego. semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh apabila dua buah bot yang disyaki membawa pendatang asing terbalik di San Diego, pantai selatan California.

Lapor AFP, Ketua Penyelamat San Diego, James Gartland berkata, sehingga kini, tidak jelas punca yang menyebabkan kemalangan itu berlaku pada malam itu.

Namun, katanya, kawasan berkenaan disifatkan sebagai berbahaya disebabkan oleh jeriji pasir dan arus kuat.

“Kami kehilangan lapan jiwa. Ini adalah salah satu tragedi penyeludupan maritim paling teruk yang saya boleh fikirkan di California, pastinya di sini di bandar San Diego,” kata Gartland dalam sidang akhbar.

Gartland berkata, seorang penutur bahasa Sepanyol menghubungi nombor kecemasan 911 sebelum tengah malam pada hari Sabtu mengatakan terdapat kira-kira 23 orang di antara dua bot kecil terbuka, lapan di sebuah kapal dan 15 lagi di kapal yang lain.

Kedua-dua bot terbalik di pantai Torrey Pines di San Diego, sebuah bandar berhampiran sempadan Mexico.

Menurut Gartland, pasukan penyelamat tidak menemukan mana-mana mangsa yang terselamat, tetapi beberapa daripada mereka mungkin sudah meninggalkan pantai sewaktu pasukan responden pertama tiba di tempat kejadian.

Kesemua yang meninggal dilaporkan adalah golongan dewasa, namun tidak mempunyai butiran lanjut mengenai kewarganegaraan mereka.

Komander sektor untuk pengawal pantai San Diego, James Spitler berkata, bot kecil dengan ramai penumpang terbalik dalam ombak manakala bot lain berjaya sampai ke pantai.

Spitler berkata, terdapat peningkatan iaitu 771 peratus dalam pemerdagangan manusia yang direkodkan di wilayah pantai selatan California sejak 2017 dengan 23 nyawa terkorban di laut.

Sebilangan besar pendatang dari Amerika Selatan dan Tengah melintasi sempadan Amerika Syarikat (AS) secara rahsia dan mereka sering mengambil risiko besar dengan harapan untuk sampai ke AS.

San Diego terletak berhampiran dengan sempadan AS-Mexico.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya