EMRAZ dilantik Pengelola Jemaah Haji kali pertama tahun ini

EMRAZ dilantik Pengelola Jemaah Haji kali pertama tahun ini

ORANG ramai yang hadir di gerai EMRAZ sempena Karnival Pengelola Jemaah Haji 1444H/2023 di Movenpick Hotel & Covention Centre, Sepang, Selangor. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: EMRAZ Travel & Tours (EMRAZ) berbesar hati selepas dilantik antara 23 Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi Musim Haji 1444H/2023M tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Zulkarnain Endut berkata, ini adalah kali pertama EMRAZ mendapat peluang ini selepas terbabit dalam menguruskan pakej umrah sebelum ini.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan jemaah di bawah pengurusan EMRAZ mendapat pengalaman haji terbaik selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Lembaga Tabung Haji (TH).

“EMRAZ sebagai PJH dipantau dan dikawal selia oleh TH serta dinilai pengurusan operasinya di Tanah Suci dan Malaysia,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Katanya, bagi ibadah haji tahun ini, EMRAZ menawarkan tiga pilihan pakej haji iaitu Silver, Gold dan Platinum dengan harga serendah RM49,990 sehingga RM109,990 sis.

Zulkarnain berkata, menerusi Pakej Haji Silver serendah RM49,990 seorang, jemaah haji akan menikmati kemudahan selesa termasuk penginapan di Hotel Mira Ajyad atau setaraf di Mekah (300 meter ke Dataran Masjidil Haram).

Menurutnya, bagi Pakej Haji Gold dan Pakej Haji Platinum pula masing-masing berharga RM79,990 dan RM109,990 yang menyediakan hotel berjarak 50 meter sahaja ke Dataran Masjidil Haram dan Dataran Masjid Nabawi.

“Istimewanya di Aziziah (sebelum pergi melontar), jemaah akan menginap di Hotel Makarem Firdous, Hotel Dar Al Salah serta khemah VIP di Mina sekali gus memudahkan jemaah berehat tanpa perlu bersesak-sesak dengan jutaan jemaah lain,” katanya.

Katanya, pelanggan yang mengambil Pakej Haji EMRAZ layak menerima EMRAZ Care Card yang membolehkan mereka mendapatkan rawatan perubatan dan kecemasan sepanjang 42 hari berada di Tanah Suci.

Dalam pada itu, katanya, EMRAZ turut melantik Pensyarah Pusat Kajian Al-Quran dan Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Dr. Muhd Najib Abdul Kadir sebagai Duta dan Pembimbing Ibadah Haji & Umrah EMRAZ bagi musim haji tahun ini.

“Muhd Najib berpengalaman lebih 35 tahun dalam pengurusan haji. Beliau adalah graduan Universiti Al Azhar di Kaherah, Mesir dalam bidang Usuluddin/Tafsir Al Quran pada tahun 1987 hingga 1991.

“Beliau turut menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah di Universiti Islam Antarabangsa pada tahun 2004 hingga 2007, juga dalam bidang Tafsir Al Quran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya