[VIDEO] Dua lelaki Myanmar didakwa bunuh tauke buah naga - Utusan Malaysia

[VIDEO] Dua lelaki Myanmar didakwa bunuh tauke buah naga

YAN Mai (dua dari kiri berbaju putih) dan Maung Piaw (depan berbaju hitam) dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini bagi didakwa atas pertuduhan membunuh tauke buah naga di Tanah Merah Site A, Port Dickson bulan lalu.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Dua orang pekerja buruh warga Myanmar didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini atas pertuduhan membunuh tauke buah naga di Tanah Merah Site A, di sini bulan lalu.

Tertuduh, Yan Mai, 19, dan Maung Piaw, 20, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Melayu di hadapan Majistret, V.Vanita.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang juga tidak dibenarkan diikat jamin.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa membunuh seorang lelaki, Low Seng Poh berusia 44 tahun.

Kesalahan itu dilakukan di dalam kebun buah naga, Tanah Merah Site A, Port Dickson lebih kurang pukul 12.15 tengah malam hingga 2 pagi, 18 Februari 2023.

DUA lelaki Myanmar dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson bagi didakwa atas pertuduhan membunuh tauke buah naga di Tanah Merah Site A, Port Dickson bulan lalu. – VIDEO/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN

Sehubungan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama yang boleh dihukum mati, jika sabit kesalahan.

Pihak pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Jiwan Kaur Malkith Singh. Kes akan disebut semula pada 3 Mei depan untuk untuk serahan laporan kimia, forensik dan bedah siasat.

Terdahulu, kedua-dua tertuduh dijatuhi hukuman penjara enam bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan berada di Malaysia tanpa pas masuk yang sah di hadapan Majistret yang sama.

Tiga lagi lelaki warga Myanmmar iaitu Some Meingtun, 42, Salai Tin Shwe dan Fun Shwe turut didakwa atas pertuduhan yang sama.

Some Meingtun dijatuhi hukuman enam bulan selepas mengaku bersalah manakala Salai Tin Shwe dan Fun Shwe akan didakwa semula 31 Mac depan selepas mereka meminta pertuduhan dibacakan dalam Bahasa Myanmar.

Kesalahan itu dilakukan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson pada pukul 4 petang, 2 Mac 2023 

Sehubungan itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 6(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih dari RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-dua sekali dan sebat tidak lebih dari enam kali sebatan.

Sebelum ini, media melaporkan lima lelaki warga Myanmar ditahan reman susulan kes pembunuhan seorang pemilik kebun buah naga yang ditemui dalam keadaan kaki dan tangan berikat di Tanah Merah di sini pada 18 Februari lalu.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya