Danial, Hakim janji aksi terbaik di Portugal

Danial, Hakim janji aksi terbaik di Portugal

HAKIM DANISH (kiri) dan Danial Syahmi akan beraksi pada Red Bull Rookies Cup 2023 di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal, hujung minggu ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Red Bull MotoGP Rookies Cup 2023 akan membuka tirai kejuaraan, Sabtu dan Ahad ini dengan dua pelumba muda negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril dan Muhammad Hakim Danish Ramli bakal mengibarkan Jalur Gemilang dalam perlumbaan di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal.

Bagi Danial Syahmi perlumbaan tersebut merupakan musim keduanya, manakala, untuk Hakim Danish, dia antara lima pelumba termuda berusia 15 tahun akan membuat penampilan sulung pada kejuaraan tersebut.

Danial Syahmi ketika ditemu bual menjelang perlumbaan pembukaan musim berkata, dia telah selesai menjalani ujian rasmi, minggu lalu dan amat berharap latihan yang dijalaninya bersama jurulatih dapat membantu persembahannya, hujung minggu ini.

“Alhamdulillah ini merupakan tahun kedua saya beraksi di kejuaraan ini. Persiapan saya pada perlumbaan ini telahpun dijalankan sewaktu ujian rasmi minggu lepas.

“Latihan juga selalu saya jalankan bersama jurulatih saya sewaktu pra-musim dan juga selepas ujian rasmi.

“Saya rasa persiapan mental dan fizikal saya amat kuat dan bersedia menghadapi perlumbaan pertama ini,” katanya yang bertekad untuk bersaing di kelompok hadapan dan mendapatkan keputusan podium.

Sementara itu, Hakim Danish yang mempamerkan keputusan baik apabila berjaya berada dalam kelompok 15 terbaik pada sesi ujian rasmi melahirkan rasa gembiranya dengan kemajuan yang dilakukannya itu.

“Ini merupakan tahun pertama saya beraksi di dalam kejuaraan ini, persiapan diri yang rapi telah saya jalankan dan baru-baru ini kita telah menjalani ujian rasmi selama dua hari dan banyak yang saya pelajari serta perbaiki di dalam ujian itu,” katanya.

Menurut anak kelahiran Terengganu itu, sebelum ke Portimao, dia juga giat menjalani sesi latihan di Tarragona, Sepanyol sebaik selesai ujian rasmi, minggu lalu.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya