Damok semakin garang, raih kedudukan ke-10

Damok semakin garang, raih kedudukan ke-10

SYARIFUDDIN AZMAN menguji jenteranya dan meraih kedudukan ke-10 pada sesi ujian rasmi kelapan di Litar Portimao, Portugal, semalam. - IHSAN ZK Racing
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelumba dua roda negara, Syarifuddin Azman pamer peningkatan mendadak apabila meraih kedudukan ke-10 pada hari terakhir sesi ujian rasmi Moto3 di Litar Portimao, Portugal, semalam.

Anak muda yang bernaung di bawah pasukan yang berpangkalan di Sepanyol, MTHelmets_MSi itu mencatat masa sepusingan 1 minit 47.778 saat (s) pada sesi ujian bebas kelapan yang merupakan lakaran masa terpantas berjaya Syarifuddin atau Damok lakukan.

Kemajuan yang dipamerkan Damok itu satu berita gembira buat Malaysia, lebih-lebih lagi musim baru Kejuaraan Motosikal Dunia bakal membuka tirai di Litar Antarabangsa Algarve, Portugal pada 24-26 Mac ini.

Keputusan baik itu juga diharapkan dapat memberi keyakinan kepada penaja untuk melabur ke atas Damok yang bekerja keras membuktikan dirinya mampu mempamerkan aksi terbaik dalam penampilan sulungnya pada perlumbaan Moto3.

Damok yang ditemu bual selepas sesi ujian selesai melahirkan rasa gembira dapat mempamerkan kemajuan dengan jenteranya.

“Kita sudah selesai kita punya sesi ujian selama tiga hari, saya gembira dengan apa yang saya telah lakukan, banyak kemajuan yang berjaya saya buat dengan jentera saya sejak hari pertama hinggalah sekarang.

“Setakat ni, semua dalam pasukan gembira dengan kemajuan yang saya lakukan, saya pun dah cuba untuk memahami lebih lagi dengan jentera baharu, Alhamdulillah semuanya berada dalam keadaan baik dan teratur,” katanya menerusi kiriman video dari Portugal, semalam.

Damok turut memuji krew pasukannya yang melaksanakan kerja dengan sangat teliti dan dia gembira kerjasama yang diberikan mereka.

“Saya ingin ucapkan terima kasih kepada krew pasukan yang bekerja keras selama tiga hari ini, jadi, jumpa anda hujung minggu depan, jangan lupa sokong saya untuk pusingan pertama,” ujarnya.

Catatan masa yang dilakukan Damok itu hanya 0.567s di belakang pendahulu carta, Ricardo Rossi dari Itali yang mencipta masa terpantas 1:47.211s.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.