871 mangsa banjir Negeri Sembilan masih berada di PPS - Utusan Malaysia

871 mangsa banjir Negeri Sembilan masih berada di PPS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) di Negeri Sembilan telah ditutup menjadikan tujuh masih beroperasi yang menempatkan mangsa-mangsa banjir sejak kelmarin.

Setakat pukul 4 petang tadi, seramai 871 mangsa banjir masih berada di PPS di daerah Tampin dan Jempol.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Sembilan, Leftenan Kol. (PA) Mohd. Nazri Mes Kam berkata, sebanyak enam buah PPS masih beroperasi di Tampin yang menempatkan seramai 806 orang mangsa.

“PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah masih menempatkan bilangan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 528 orang diikuti PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gemas seramai 105 orang.

“Empat lagi PPS yang masih dibuka di Tampin adalah di Dewan Besar Gemas, Dewan Orang Ramai Kampung Tiong, Balai Raya Pasir Besar dan SK Londah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, hanya sebuah PPS masih dibuka di daerah Jempol iaitu di SK Palong 7 yang menempatkan seramai 65 mangsa banjir.

Hujan berterusan yang melanda bermula hari Selasa lalu turut menyebabkan beberapa kawasan di daerah Kuala Pilah turut dinaiki air.

Bagaimanapun, dua buah PPS yang dibuka sebelum ini di daerah itu telah ditutup sepenuhnya semalam.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.