5 maut bot bawa pendatang karam di Turkiye

5 maut bot bawa pendatang karam di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANKARA: Sekurang-kurangnya lima pendatang maut apabila sebuah bot kecil yang membawa golongan itu, karam di pantai barat daya Turkiye.

Lapor akhbar Hurriyet, pasukan pengawal pantai Turkiye tiba di pantai daerah Didim di wilayah Aydin selepas menerima maklumat kecemasan bot yang dinaiki kumpulan pendatang mengalami kebocoran.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 6.20 pagi (waktu tempatan).

Berdasarkan laporan akhbar pasukan pengawal pantai berjaya menyelamatkan 11 pendatang termasuk seorang kanak-kanak.

“Usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan di kawasan perairan itu bagi mencari mangsa yang hilang,” jelas laporan itu.

Tambah laporan itu, siasatan awal mendapati kumpulan pendatang yang terdiri daripada warga Afrika dibawa ke daerah Didim melalui rangkaian penyeludupan manusia sebelum belayar ke pulau Greece secara haram.

Laut Aegean menjadi laluan penting bagi kumpulan pendatang yang cuba sampai ke Eropah melalui Turkiye.

Satu perjanjian ditandatangani antara Turkiye dan Kesatuan Eropah (EU) pada Mac 2016 untuk mengekang pengaliran masuk pendatang. – XINHUA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya