Zambry tarik diri tanding Naib Presiden UMNO

Zambry tarik diri tanding Naib Presiden UMNO

ZAMBRY ABDUL KADIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir membuat keputusan menarik diri daripada menjadi calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti itu kali ini. 

Menurut Zambry, langkah itu juga diambil selepas berbincang dengan kepimpinan parti. 

“Dengan mengambil kira tugas rasmi saya sebagai Menteri Luar Negeri di dalam kerajaan baharu ini, banyak perkara dan urusan hal-hal di luar negara yang perlu diuruskan demi memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa. 

“Ia juga sekali gus membawa imej UMNO yang saya wakili dalam Kerajaan Perpaduan.

“Pada masa sama, sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), saya mahu memberi keutamaan dalam mengukuhkan hubungan antara parti dalam gabungan BN dan antara parti dalam Kerajaan Perpaduan,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Zambry menawarkan diri untuk mempertahan jawatan Ahli MKT UMNO untuk pemilihan parti itu bagi sesi 2023-2026. 

“Saya mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada sahabat- sahabat di bahagian-bahagian yang telah menyatakan sokongan kepada saya sebelum ini. 

“Semoga anda semua akan terus dapat memberi sokongan kepada saya dan sama-sama kita mengembalikan kegemilangan UMNO untuk agama, bangsa dan tanah air. 

“Selamat berjaya kepada sahabat-sahabat yang bertanding pada pemilihan parti kali ini. Mantapkan ukhuwah dan pelihara kesatuan,” katanya. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN