Angka korban gempa Turkiye, Syria melepasi 45,000 orang

TERKINI: Angka korban gempa Turkiye, Syria melepasi 45,000 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTAKYA: Angka kematian akibat gempa bumi kuat di selatan Turkiye dan Syria, meningkat melebihi 45,000 orang.

Malah, jumlah korban itu dijangka meningkat dengan kira-kira 264,000 buah pangsapuri di Turkiye musnah dan ramai lagi dilaporkan masih hilang dalam bencana terburuk dalam sejarah negara itu.

Selepas 12 hari gempa melanda Turkiye, tiga orang termasuk seorang kanak-kanak berjaya diselamatkan hidup-hidup dari runtuhan bangunan di bandar Antakya selepas 296 jam dilanda gempa bumi.

Rakaman televisyen menunjukkan ketiga-tiga mangsa itu dibawa ke ambulans untuk dihantar ke hospital.

Setakat ini, jumlah kematian di Turkiye mencecah 39,672 orang manakala Syria pula melaporkan lebih 5,800 kematian.

Dilaporkan, angka kematian di Syria tidak berubah sejak beberapa hari lalu.

Meskipun banyak pasukan penyelamat antarabangsa meninggalkan lokasi gempa yang luas, namun pasukan tempatan masih meneruskan operasi pencarian di sekitar bangunan yang runtuh dengan harapan dapat menemukan lebih banyak mangsa terselamat.

Dalam pada itu, pasukan bomba Istanbul memaklumkan seorang penduduk, Hakan Yasinoglu, 40, berjaya diselamatkan di wilayah selatan Hatay, selepas 278 jam gempa bumi berukuran 7.8 magnitud melanda pada 6 Februari lalu.

Terdahulu, dua lagi penduduk bernama Osman Halebiye, 14, dan Mustafa Avci, 34, diselamatkan di bandar Antakya di Turkiye. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.