Posmen maut dilanggar lori

Posmen maut dilanggar lori

MOTOSIKAL EX5 yang ditunggang posmen yang maut selepas dilanggar dari belakang sebuah lori  di Jalan Masjid Tanah, pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang posmen maut selepas motosikal yang ditungganginya dilanggar dari belakang oleh sebuah lori dalam kejadian yang berlaku di Jalan Masjid Tanah berhampiran stesen minyak Shell Masjid Tanah, pagi tadi. 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, mangsa yang maut di tempat kejadian itu dikenali sebagai Noryazid Mohd. Nor, 45, dari Alor Gajah dan bekerja di pejabat Pos Masjid Tanah dekat sini.

Menurutnya, dalam kejadian pukul 7.50 pagi itu mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 datang dari Alor Gajah menuju ke pejabat Pos Masjid Tanah manakala lori jenis Nissan pula dari Masjid Tanah ke Sungai Udang.

“Hasil siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila pemandu lori berkenaan telah melanggar penunggang motosikal dari belakang sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan termasuk di bawah tayar belakang lori sebelah kanan.

“Mangsa yang cedera parah di kepala dan beberapa anggota badan telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Arshad berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat.

Menurutnya, tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, namun saksi  awam telah tampil memberi keterangan.

Katanya, pemandu lori berkenaan dikenali sebagai R. Nathan, 42, dari Ampang, Selangor telah ditahan dan dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk ujian darah dan air kencing.

Jelasnya, lori berkenaan telah ditahan serta dibawa ke Pusat Pemeriksaan Berkomputer (Puspakom) Alor Gajah.

Katanya, kes tersebut disiasat Sek 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya