Polis Bali dilarang kunjungi kelab malam - Utusan Malaysia

Polis Bali dilarang kunjungi kelab malam

GAMBAR hiasan. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DENPASAR: Polis Bali melarang anggotanya daripada mengunjungi mana-mana kelab malam di wilayah itu kecuali bagi menjalankan tugas.

Ketua Bahagian Profesion dan Keselamatan Polis (Propam) Bali, Ketut Kusmayadi berkata, larangan itu dilaksanakan bagi mengelak anggota polis menjadi mabuk dan menimbulkan kekecohan dalam kalangan masyarakat.

“Larangan itu dikenakan supaya tiada mana-mana anggota polis menjadi mabuk dan membuat kekecohan ketika berada bersama orang ramai.

“Saya juga tidak mahu melihat lagi ada anggota yang berhibur di kelab malam.

“Mereka hanya dibenarkan berada di kelab malam atas tugasan dengan surat kebenaran,” katanya seperti dilaporkan CNN Indonesia.

Beliau juga mengingatkan polis ketika ini menjadi bual mulut dalam kalangan masyarakat namun tidak berdepan dengan masalah disiplin.

Oleh itu, demi mengelakkan sebarang pelanggaran disiplin, polis Bali mengenakan beberapa larangan.

“Ketika ini, polis menjadi bualan orang ramai, justeru, tingkatkan disiplin dan tanggungjawab serta elakkan daripada melanggar tatatertib.

“Saya tidak mahu melihat ada anggota yang terlibat dalam kesalahan jenayah seperti kes perjudian dan dadah,” katanya.

Sebelum ini, seorang anggota polis di Bali dengan inisial Aipda I Putu JS menjadi mangsa pukul dan tikam ketika pergi ke kelab malam.

Kejadian itu berlaku di depan kelab malam di Jalan Legian, daerah Badung, Bali pada bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya