Monorel Putrajaya boleh siap jika diserah kepada swasta - Tun M

Monorel Putrajaya boleh siap jika diserah kepada swasta – Tun M

PENANGGUHAN projek monorel berjumlah RM797.18 juta termasuk penyenggaraan terowong pengangkutan awam itu bernilai RM2.16 juta. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Projek monorel Putrajaya sepatutnya sudah siap dan boleh digunakan ketika ini jika ia diambil alih oleh pihak swasta.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau mendakwa ada pihak swasta yang berhasrat membangunkan projek itu, namun tidak dipersetujui kerajaan.

Beliau berkata, projek yang diilhamkan beliau itu terbengkalai sejak 2004 iaitu setahun selepas meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

“Kita sepatutnya boleh berbangga dengan projek monorel ini kerana kita bukan pinjam dari orang lain. Ia bukan projek ciptaan orang lain tetapi kita punya.

“Saya tidak faham setelah kita buat keputusan untuk bangunkan projek monorel di Putrajaya malah, sudah ada jalan untuk monorel tersebut dan jambatan gantung pun sudah ada,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, beliau difahamkan projek itu ditangguhkan disebabkan kerajaan ketika itu tidak mahu meneruskan projek itu atau tiada duit untuk melaksanakannya.

Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Tahun 2021 Siri 2 sebelum ini melaporkan berlaku pembaziran bagi pengurusan pembangunan Putrajaya berjumlah RM812.91 juta melibatkan penangguhan projek monorel berjumlah RM797.18 juta termasuk penyenggaraan terowong pengangkutan awam itu bernilai RM2.16 juta.

LKAN mendedahkan penangguhan pembangunan mod pengangkutan monorel itu turut memberi kesan kepada perkhidmatan bas dan penggunaan fasiliti berkaitan di Putrajaya

Pelaksanaan projek monorel tersebut meliputi dua laluan iaitu Laluan 1 sepanjang 13.2 kilometer (km) manakala Laluan 2 sepanjang 6 km selain stesen monorel yang dibina di Terminal Putrajaya Sentral Presint 7 tetapi masih belum siap sepenuhnya.

Laporan itu mendedahkan kerja pembinaan infrastruktur monorel tersebut ditangguhkan pada 2004, bagaimanapun pihak Audit tidak dapat mengesahkan justifikasi penangguhan projek kerana tiada dokumen sokongan diperoleh.

Lawatan fizikal Audit pada 16 Ogos 2022 mengesahkan bahawa sebahagian infrastruktur seperti kerangka asas bagi terowong, tiang-tiang bagi landasan dan jambatan untuk monorel telah dibina. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya