Mampukah dominasi JDT disekat

Mampukah dominasi JDT disekat

JDT mendominasi kesemua trofi yang dipertandingan dalam Liga Malaysia musim lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jangkaan untuk melihat penanda aras baharu dalam arena bola sepak tempatan terutamanya seberapa kuat pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia (Liga M) memberi cabaran kepada pemenang Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya ditunggu-tunggu.

Menjelang aksi Liga Malaysia yang dijadualkan bermula pada 24 Februari ini, Penganalisis Bola Sepak, Datuk Richard Scully berkata dengan format baharu yang membariskan 14 pasukan berentap, JDT juga perlu menaikkan penanda arasnya sebagai pasukan yang tidak mampu ditewaskan (unbeatable).

Menurut Richard, berdasarkan penilaiannya pada musim lalu, terdapat empat jurulatih yang dilihat mampu menjadi pencabar terhebat musim ini iaitu pasukan di bawah kendalian iaitu Datuk Ong Kim Swee (Sabah), K. Devan (Negeri Sembilan), Nafuzi Zain (Kedah) dan Tan Cheng Hoe (Selangor).

Meskipun tiga daripada nama yang disebutkan itu memiliki prestasi tinggi, Richard menegaskan, K. Devan wajar diangkat sebaris mereka kerana kebolehannya mengawal keadaan pemain sehingga penghujung musim meskipun dilanda pelbagai masalah.

“Dari segi kejutan sudah tentu ramai yang mahu melihat malah pasukan yang bertanding pun turut mahu mengejutkan JDT. Mereka mahu tewaskan JDT. Saya jangkakan Selangor mampu bawa kejutan, Terengganu juga saya percaya mampu.

“Selain dua pasukan itu, saya percaya Perak juga ada pasukan yang seimbang di bawah kendalian Datuk Lim Teong Kim yang mampu menaikkan penanda aras musim ini. Saya harap ada pasukan yang mampu cabar JDT serta JDT juga mungkin perlu tingkatkan kehebatan mereka untuk terus menakluki kejuaraan.

“Dari segi jurulatih tempatan pula, saya berpendapat Kim Swee, K. Devan, Nafuzi dan Cheng Hoe antara yang terbaik. Mengenai K. Devan, saya lihat pada perspektif dia berjaya bawa Negeri Sembilan, dengan indeks prestasi mereka sehingga penghujung musim.

“Bukan mudah menamatkan musim dengan banyak masalah terutama tunggakan gaji. Saya lihat K. Devan berjaya kawal isu itu dengan baik kerana mereka tetap menghasilkan keputusan yang memuaskan meskipun bermain dalam keadaan kurang motivasi. Saya percaya dia mampu tonjolkan sesuatu pada musim ini.

“Mengenai Nafuzi, walaupun sudah beralih kelab (Kedah Darul Aman FC), saya juga percaya dia mampu membawa perubahan drastik di sana memandangkan latar belakangnya yang kukuh dalam sains sukan dan pencapaiannya yang baik sepanjang di Terengganu dahulu.

“Datuk Ong Kim Swee pula berkelebihan dari segi kepercayaan yang diterimanya oleh pemain-pemain. Semasa berpindah ke Sabah, beliau bawa transformasi menerusi taktikal dan keserasian pemain dengan caranya. Sebab itu Baddrol Bakhtiar pun mahu bermain di bawahnya. Beliau dapat kepercayaan untuk membentuk corak permainan yang agresif dan tersusun.

“Untuk Tan Cheng Hoe pula, walaupun dia hanya mengendali pasukan pada separuh musim, tetapi keistimewaannya adalah pada kepakarannya mengenal pasti profil pemain. Bila dia meletakkan pemain di posisi yang mereka mahir, maka mereka tiada masalah ikut arahan taktikalnya dan sebab itu Selangor ada perubahan,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya