Kuota haji Malaysia mungkin dapat ditambah lagi - Zambry

Kuota haji Malaysia mungkin dapat ditambah lagi – Zambry

ZAMBRY Abdul Kadir (kiri) ketika pertemuan dengan Putera Faisal Farhan di Kementerian Luar Arab Saudi di Riyadh, semalam. - GAMBAR IHSAN WISMA PUTRA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir membayangkan ada kebarangkalian besar kuota rasmi jemaah haji Malaysia dapat ditingkatkan lagi musim ini.

Berita gembira tersebut susulan pertemuan beliau dengan rakan sejawatnya, Putera Faisal Farhan semalam pada hari kedua lawatan rasmi ke Arab Saudi sebagai menyampaikan penghargaan kerajaan Malaysia atas keutamaan dan layanan istimewa diberikan negara itu untuk urusan haji dan umrah.

“Insya-Allah, kuota (bilangan jemaah) kepada Malaysia tidak akan dipotong malahan ada kemungkinan besar akan (dapat) ditambah lagi,” jelas beliau melalui kenyataan tersebut.

Pada 10 Januari lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar mengumumkan Malaysia mendapat balik kuota asal jemaah haji berjumlah 31,600 hasil pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr. Tawfiq Fawzan Al-Rabia ketika sesi sela Persidangan Perkhidmatan Haji dan Umrah 2023 di Jeddah.

Tahun lepas, kuota itu dipotong 45 peratus kepada hanya 14,306 orang susulan tindakan Arab Saudi mengehadkan bilangan jemaah seluruh dunia daripada isu wabak Covid-19, namun membenarkan warga asing yang menetap di negara itu menunaikan ibadah dengan cuma 263 rakyat Malaysia diberikan peluang.

Malaysia pernah mendapat kuota ekstra sebelum musim 2018 lalu malahan Agensi Berita Saudi (SPA) mengesahkan kehadiran lebih 40,000 orang jemaah negara ini di tanah suci susulan hubungan akrab kedua-dua negara dan memperlihatkan Raja Arab Saudi, Raja Abdulaziz Al-Saud melawat Malaysia pada 2017 dengan membawa pelaburan besar.

Mengulas lanjut, Zambry percaya pertemuan dengan Putera Faisal membuka lembaran baharu hubungan istimewa antara dua negara kepada tahap yang lebih tinggi selepas ini.

“Pihak kerajaan Arab Saudi juga menyatakan bahawa mereka amat mengalu-alukan lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya