Ibu kota Nusantara: 47 flat penjawat awam dibina - Utusan Malaysia

Ibu kota Nusantara: 47 flat penjawat awam dibina

ILUSTRASI reka bentuk ibu kota Nusantara. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Kerajaan memutuskan untuk segera melaksanakan projek pembinaan kediaman bagi Aparatus Sivil Negara (ASN) atau penjawat awam, Angkatan Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Republik Indonesia (Polri) di ibu kota Nusantara, Kalimantan Timur pada tahun ini.

Lapor Kompas.com, projek kediaman itu merangkumi 47 bangunan pangsapuri yang mampu menampung kapasiti sehingga 16,900 orang termasuk 1,000 ASN serta 5,000 anggota tentera dan polis.

Seiring dengan pelan itu, Menteri Kerja Raya dan Perumahan, Basuki Hadimuljono tampil menjelaskan sebab kerajaan memilih jenis perumahan pangsapuri sebagai tempat tinggal bagi golongan berkenaan.

Menurutnya, model kediaman pangsapuri itu adalah selaras dengan konsep `bandar dalam taman’ atau `bandar dalam hutan’ di ibu kota Nusantara. 

Katanya, menerusi cara itu, pembangunan kediaman tidak akan `memakan’ terlalu banyak kawasan tanah dan mengurangkan aktiviti penebangan hutan.

“Ia sesuai dengan konsep bandar dalam taman, jika tidak dibina dalam bentuk menara, maka ia memerlukan kawasan yang luas.

“Cara itu dibuat supaya tidak merosakkan atau terpaksa menebang terlalu banyak pokok,” katanya.

Tambah beliau, pangsapuri yang bakal dibina itu juga akan berstatus kediaman rasmi bagi ASN, tentera dan polis.      

“Setelah projek itu siap dibina, akan ada beberapa unit rumah untuk dijual.

“Namun, model ini adalah untuk ASN, anggota tentera dan polis yang akan berkhidmat di ibu kota Nusantara,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya