Farm Fresh bakal kembangkan Jom Cha ke seluruh negara

Farm Fresh bakal kembangkan Jom Cha ke seluruh negara, sasar 300 cawangan

farm fresh
AZMI Zainan (kanan) ketika melancarkan cawangan baharu Jom Cha by Farm Fresh di IOI City Mall, Putrajaya semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Farm Fresh Berhad (Farm Fresh) akan mengembang jenama Jom Cha by Farm Fresh di seluruh negara dalam masa tiga tahun akan datang dengan sasaran untuk membuka 300 cawangan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulannya, Azmi Zainal berkata, ketika ini jenama minuman Jom Cha boleh dinikmati di 25 cawangan terutama di kebanyakan pasar raya besar.

Menurut beliau, untuk tahun 2023, syarikat merancang untuk menambah 100 cawangan baharu termasuk meneroka pasaran di Sabah dan Sarawak.

“Kita bukan berada dalam industri untuk mencabar sesiapa tapi kita mahu beri satu kelainan kepada para peminat boba.

“Pada masa ini banyak jenama air boba yang dijual di pasaran tetapi kebanyakan mereka berkonsepkan teh boba, Jom Cha pula menggunakan rangkaian produk-produk Farm Fresh yang bukan sahaja sedap tetapi sihat.

“Contohnya salah satu menu yang kita ada iaitu yoghurt citron, pelanggan dapat menikmati kesedapan Jom Cha termasuk khasiat daripada yogurt dan susu oat,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran secara rasmi cawangan Jom Cha by Farm Fresh di IOI City Mall di sini semalam.

Dalam pada itu, Azmi berkata, Jom Cha menawarkan pilihan 19 jenis minuman di bawah enam kategori berbeza yang kebanyakannya diperbuat daripada susu dan yogurt Farm Fresh.

“Kami percaya dengan kualiti tenusu kami apatah lagi apabila kami sedar sudah banyak jenama minuman di luar sana yang sudah pun menggunakan susu Farm Fresh.

“Peluang ini digunakan untuk terus mengembangkan dan mencampurkan susu segar kami dengan boba,” jelasnya.

Tambah beliau, syarikat turut memperkenalkan menu baharu seperti Yogurt Mixberries Soft Serve yang diperbuat daripada yogurt Farm Fresh yang kaya dengan probiotik bagi meme­nuhi permintaan pelanggan.

Jom Cha menawarkan rangkaian perisa enak dan tersendiri yang menarik bermula pada harga serendah RM5.80. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya