Colgate® hadirkan senyuman di Liga Malaysia

Colgate® hadirkan senyuman di Liga Malaysia

(Dari kiri)Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Malaysia, Edith Marquez-Reyes dan Pengarah Perundangan Colgate-Palmolive Malaysia, Wanaz Merican.-IHSAN MFL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Liga Malaysia (Liga M) bakal diserikan dengan senyuman apabila syarikat penjagaan mulut terkemuka antarabangsa Colgate® menjadi penaja baharu liga tempatan musim 2023 selepas menandatangani kontrak perjanjian selama setahun.

Perkara itu diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan percaya kehadiran Colgate® iaitu sebuah jenama terkenal yang sudah bertapak selama 64 tahun di Malaysia akan memberikan satu indikasi yang cukup baik mengenai penerimaan syarikat swasta terhadap Liga Malaysia.

“Pertama sekali saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas sokongan dan kepercayaan Colgate® terhadap MFL untuk menjalin kerjasama selaku penaja baharu musim ini.

“Ini satu permulaan yang baik di mana kita sedia maklum bahawa Colgate® satu jenama yang cukup sinonim buat keluarga Malaysia dan kini bersama-sama MFL untuk menyumbang sesuatu buat bola sepak tanah air.

“Ini kali pertama Colgate® terlibat dalam sukan bola sepak khususnya di negara ini dan ia jelas satu mesej cukup positif apabila sebuah syarikat global penjagaan kesihatan bersedia melangkah seiring bersama MFL dalam menaja Liga Malaysia yang kini diiktiraf antara liga terbaik dirantau ini.

“Perkembangan ini diharap dapat membuka mata lebih banyak syarikat-syarikat luar untuk menaja Liga Malaysia di mana saya percaya Liga Malaysia memiliki potensi yang cukup besar diterokai dari sudut komersial,” kata Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.

Sementara itu, bagi Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam, beliau percaya kehadiran Colgate® selaku rakan penaja rasmi pasti akan menyerikan lagi saingan Liga Malaysia yang melibatkan enam kejohanan musim ini iaitu Perlawanan Sumbangsih, Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala MFL dan Piala Cabaran MFL.

“Kehadiran penaja baharu Colgate® mencetuskan keyakinan buat MFL yang mengambil langkah besar untuk melakukan penstrukturan semula Liga Malaysia musim ini dalam usaha bukan sahaja menjadikan saingan lebih kompetitif malah memiliki nilai komersial lebih tinggi.

“Bagi MFL, kami amat mengalu-alukan jenama berasaskan kesihatan untuk bersama MFL kerana kita tahu sukan dan kesihatan mulut adalah saling berkait rapat. Oleh itu, bagi MFL, kita amat mengalu-alukan kolaborasi dengan jenama penjagaan diri. Diharap kerjasama ini bukan sahaja akan mengukuhkan jenama Colgate® malah dapat menyampaikan mesej mengenai penjagaan kesihatan mulut buat rakyat Malaysia menerusi pelbagai hebahan dan aktiviti yang diadakan bersama MFL,” ujarnya.

Dalam pada itu, Edith Marquez-Reyes, Pengarah Pemasaran Colgate-Palmolive Malaysia percaya bahawa kolaborasi ini akan mencetuskan satu lagi pengalaman yang bermakna untuk jenama Colgate® di Malaysia.

“Jenama kami sentiasa berteraskan kepercayaan bahawa senyuman itu kekuatan, dan Liga Malaysia adalah inspirasi kepada semua warga Malaysia yang kita boleh, Malaysia boleh. Sementara pemain kita berusaha keras mengharungi Liga Malaysia dalam memburu kejayaan, Colgate® pula sentiasa berusaha untuk memastikan kesihatan gigi dan mulut semua dijaga dengan baik.

“Kami berharap bahawa menerusi kolaborasi ini, kita akan lebih lagi saringkan senyuman dan optimism kepada semua warga Malaysia,” jelasnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya