Citadel Group sasar masuki Nasdaq dalam tiga tahun - Utusan Malaysia

Citadel Group sasar masuki Nasdaq dalam tiga tahun

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Citadel Group, Datuk Jeff S. Medina (empat dari kiri) bergambar bersama pengurusan syarikat berkenaan pada majlis Makan Tengah Hari Bersama Media, di Bangsar, di Kuala Lumpur, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kumpulan Citadel (Citadel Group) menyasarkan untuk memasuki pasaran saham Nasdaq dalam tempoh dua ke tiga tahun sebelum disenaraikan dalam pasaran saham tempatan, Bursa Malaysia.

Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Citadel Group, Datuk Jeff S. Medina berkata, langkah berkenaan merupakan keputusan strategik kumpulan berkenaan dalam mengembangkan perniagaan mereka.

“Ini merupakan keputusan strategik memandangkan rancangan kami adalah untuk disenaraikan (di Nasdaq) dalam masa dua hingga tiga tahun.

“Kami merasakan kami bersedia disenaraikan dalam pasaran saham Nasdaq memandangkan ramai pelabur utama di sana yang berminat dan tertarik dengan perniagaan kami,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab sempena majlis Makan Tengah Hari Bersama Media, di Bangsar, di sini, hari ini.

Menurut Jeff, syarikat perkhidmatan kewangan itu kini dalam  proses ke arah Tawaran Awam Permulaan (IPO) bagi memperoleh kepercayaan pelabur terutamanya.

“Proses ini penting memandangkan kami mahu dilihat sebagai industri kewangan yang boleh dipercayai, boleh dipercayai dan berlesen dengan lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SSM) dan lain-lain pengawal selia yang berkaitan,” katanya.

Sementara itu, dalam perkembangan lain,  Jeff berkata, Citadel Group dalam usaha mengukuhkan pendigitalan kewangan bagi membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berkembang maju dalam suasana ekonomi yang mencabar.

“Produk dan perkhidmatan kami mempromosikan pembiayaan Islam mengikut pelaksanaan Saham Keutamaan Boleh Tebus dan Ubah Islam (iRCPS) terkini dengan CG Optima.

“Latihan mengumpul dana ini akan digunakan untuk mengembangkan lagi perniagaan gerbang e-pembayaran mereka ke negara jiran lain di rantau Asia,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN