Tuntutan palsu RM2 juta, pengarah syarikat direman

Tuntutan palsu RM2 juta, pengarah syarikat direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pengarah syarikat ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan membabitkan tuntutan palsu bernilai RM2 juta.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin di Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sumber berkata, suspek berusia 54 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini, petang semalam selepas hadir memberi keterangan.

Menurutnya, suspek ditahan bagi membantu siasatan kerana disyaki terlibat dalam memperakukan tuntutan yang mengandungi butiran matan palsu.

“Ia melibatkan kerja-kerja mekanikal dan elektrikal dalam projek pembinaan sebuah bangunan bernilai kira-kira RM92 juta di Kuala Terengganu sedangkan kerja-kerja tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya,” katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya