Suami isteri ditahan miliki dadah

Suami isteri ditahan miliki dadah

ANTARA dadah yang dirampas polis dalam serbuan di Langkawi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Sepasang suami isteri ditahan dalam dua serbuan berasingan selepas dipercayai memiliki dadah jenis heroin dan syabu, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, serbuan pertama kira-kira pukul 2.30 pagi di sebuah rumah di Kampung Berjaya, Kedawang berjaya menahan suspek lelaki berusia 43 tahun.

“Pemeriksaan menemukan satu paket plastik lutsinar yang berisi serbuk atau ketulan berwarna keputihan disyaki dadah jenis heroin dengan anggaran berat sebanyak 452.70 gram (g).

“Suspek yang bekerja sebagai petani kemudiannya menunjukkan sebuah almari sebelum polis menemukan dua paket plastik lutsinar berisi bahan kristal disyaki syabu dengan berat kira-kira 61.8g,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Shariman berkata, susulan penahanan itu, pihak polis membuat serbuan kedua di sebuah bilik sewa di Jalan Pantai Chenang kira-kira tiga jam kemudian sebelum menahan wanita berusia 54 tahun yang juga isteri kepada suspek pertama.

Katanya, pemeriksaan ke atas suspek kedua dan kawasan bilik sewa tersebut menemukan satu keratan tiub straw disyaki berisi dadah jenis heroin seberat 0.8g serta satu paket plastik lutsinar dipercayai syabu dengan berat 0.21g di atas lantai bilik tersebut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a), Seksyen 12(2) dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya