Siasat pemilikan tanah Baturong, Kunak

Siasat pemilikan tanah Baturong, Kunak

HISHAMUDIDN dan rombongannya menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat SPRM bagi memohon perhatian dan satu siasatan terperinci oleh SPRM semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memohon Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat isu pemilikan tanah membabitkan le­bih 100 pemilik di Madai Baturong, Kunak, Sabah.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO), Datuk Hishamuddin Hashim berkata, wakil penduduk kam­pung berkenaan tampil membuat aduan kepada MHO Sabah dengan mendakwa tanah yang diusahakan mereka selama lebih 25 tahun telah diberikan pemilikan kepada pihak ketiga.

Menurut Hishamuddin, pen­­duduk asal Madai Baturong telah membuat permohonan tanah (PT) sebanyak tiga kali kepada pihak berkuasa sejak tahun 1990-an, namun apabila penduduk kampung membuat semakan pada 2016, mereka diberikan Surat Pembatalan PT oleh Pegawai Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT).

Katanya, pada 2021, penduduk kampung menerima maklumat bahawa PT mereka dibatalkan oleh pihak berkuasa selain pembatalan tersebut tidak dimaklumkan kepada pemohon.

“Kenapa nak masuk tanah yang dah diteroka dan diusahakan dengan ditanam sawit dan sudah ada perumahan? Mereka sudah tulis surat dan pergi ke Jabatan Tanah dan Ukur, untuk tahu mengapa PT mereka dibatalkan, sekiranya PT ingin dibatalkan kebiasaannya terdapat ulasan antaranya tanah itu tidak berpenduduk atau tidak diusahakan.

“Jelas ini menunjukkan seolah-olah ada satu isu yang perlu disiasat bagaimana ta­nah yang diusahakan dalam bentuk ladang (kelapa sawit) dibatalkan PT, ia seperti cuba mengusir orang yang dah lama tinggal di situ padahal mereka ini bukan warga asing tetapi daripada suku Bugis, Dusun serta sebahagiannya masyarakat Cina,” katanya.

Hishamuddin berkata, demikian kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat SPRM bagi memohon perhatian dan satu siasatan terperinci oleh SPRM bersama dua lagi NGO, Pertubuhan Keperihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) dan Pakin Malaysia.

Sementara itu, Geofle Joseph, 36, yang merupakan penduduk generasi kedua dari kampung berkenaan memberitahu, penduduk asal telah mengusahakan tanah di kawasan tersebut sejak tahun 1997 sehingga kini.

Difahamkan, tanah berkeluasan 10 ekar bagi setiap pemilik itu adalah sebuah skim membasmi kemiskinan yang ditawarkan oleh kerajaan ne­geri bagi pekebun kecil. “Selama mengusahakannya, kami memohon PT sebanyak tiga kali atas arahan Jabatan Tanah Daerah, kami ikut arahan yang dikeluarkan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya