Pembahagian kerusi PH-BN belum muktamad - Anwar - Utusan Malaysia

Pembahagian kerusi PH-BN belum muktamad – Anwar

ANWAR Ibrahim ketika berucap pada Majlis Kenduri Rakyat di Galeri Pejuang Cherok Tokun, Bukit Mertajam, Pulau Pinang malam ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

BUKIT MERTAJAM: Pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) yang melibatkan enam buah negeri masih belum dimuktamadkan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagaimanapun, beliau tidak akan menghalang pimpinan daripada kedua-dua buah parti gabungan itu untuk mengadakan perbincangan di peringkat negeri ketika ini.

Ditanya mengenai jangkaan bila pembahagian tersebut boleh dimuktamadkan, beliau yang juga Pengerusi PH tidak dapat memberi kepastian.

“Kalau boleh cadang tarikh kepada saya (untuk memuktamadkan pembahagian kerusi), bolehlah saya segerakan,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika menghadiri Majlis Kenduri Rakyat Bersama Perdana Menteri Malaysia di Galeri Pejuang Cherok Tokun di sini, malam ini.

Hadir sama isteri beliau, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow; pimpinan-pimpinan PKR dan DAP di peringkat Pusat dan negeri serta wakil parti komponen BN.

Dalam pada itu, Anwar menyifatkan keputusan Pas untuk menetapkan sendiri tarikh PRN khususnya di tiga buah negeri yang ditadbir oleh mereka iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan sebagai bukan urusannya.

“Itu hak mereka (untuk tentukan). Hak masing-masing dan dia (kena) rujuk dengan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya). Jadi, bukan urusan saya.

“Cuma, kos mengadakan (PRN) secara berasingan itu tentu akan jauh meningkat,” ujar beliau. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya