Maut motor rempuh tong roro - Utusan Malaysia

Maut motor rempuh tong roro

Maut tong roro
KEADAAN mangsa yang maut dalam kemalangan itu dekat Jalan Kampung Datuk Harun, di Kuala Selangor, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Perjalanan seorang lelaki ke Assam Jawa bertukar tragedi apabila maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh tong sampah roll-on roll-off (roro) di Jalan Kampung Datuk Harun di sini, semalam.

Kejadian kira-kira pukul jam 8 pagi itu mengakibatkan mangsa berusia 27 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera di leher.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd. Ambia Nordin berkata, siasatan awal pihaknya mendapati mangsa yang menunggang Suzuki 110 bersendirian datang dari arah Bukit Rotan.

“Setibanya di lokasi, mangsa dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu terbabas merempuh sebuah tong sampah roro di jalan itu  Pelanggaran itu mengakibatkan lelaki berkenaan terjatuh dan maut di lokasi sama,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tambah Mohd Ambia, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Najmi Abd Rahman di talian 0178028105 atau balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya