Liverpool tersingkir daripada Piala FA

Liverpool tersingkir daripada Piala FA

PEMAIN Brighton meraikan gol jaringan Lewis Dunk ketika menentang Liverpool dalam saingan Piala FA semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Liverpool terus mempamerkan aksi goyah pada musim ini apabila tersingkir daripada saingan Piala FA selepas tewas 1-2 kepada Brighton & Hove Albion pada aksi pusingan keempat di Stadium Amex semalam.

Kekalahan memalukan itu menyaksikan The Reds yang juga juara lapan kali Piala FA terus berdepan detik malang musim ini apabila sekadar menghuni kedudukan kesembilan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas 19 perlawanan.

Skuad kendalian Jurgen Klopp yang berdepan prestasi tidak menentu sepanjang musim ini berada di depan selepas setengah jam permainan menerusi pemain muda, Harvey Elliott yang menyudahkan umpanan Mohamed Salah.

Kedudukan itu bagaimanapun hanya bertahan sembilan minit apabila Lewis Dunk menyempurnakan hantaran Tariq Lamptey untuk menyamakan kedudukan.

Kaoru Mitoma menjadi wira Brighton untuk menyingkirkan Liverpool daripada saingan Piala FA apabila meledak gol kemenangan Brighton pada masa kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.