Lelaki maut ketika bergelut dengan pengawal keselamatan

Lelaki maut ketika bergelut dengan pengawal keselamatan masjid

MUHAMAD Zaki Harun-UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami masalah mental maut semasa bergelut dengan pengawal keselamatan selepas mengamuk di kawasan Masjid Pulau Melaka di sini semalam.

Kejadian pukul 6.30 petang itu berlaku apabila mangsa selesai menunai solat asar di masjid berkenaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, mangsa kemudiannya mengamuk sebelum pengawal keselamatan yang bertugas di masjid itu datang untuk menahan lelaki tersebut sebelum berlaku pergelutan antara mereka.

“Semasa berlaku pergelutan, beberapa pelajar Maahad Tahfiz Tok Guru telah membantu pengawal keselamatan itu. Selepas berjaya menahan mangsa, pelajar tahfiz itu telah melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

“Semasa anggota polis tiba di lokasi kejadian, mangsa berada dalam keadaan terbaring dan sudah meninggal dunia. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Muhamad Zaki memberitahu, siasatan lanjut mendapati, sebelum mengamuk di masjid itu, mangsa dikatakan telah melakukan perbuatan sama dan mencederakan neneknya di Pasir Puteh sebelum keluar rumah.

Katanya, ibu mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh kelmarin.

“Sehubungan itu, pengawal keselamatan yang berusia 32 tahun direman selama tujuh hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

“Selain itu, seramai 12 orang saksi termasuk pelajar tahfiz, warden asrama tahfiz dan tukang masak telah dipanggil ke IPD Kota Bharu untuk memberi keterangan berhubung kejadian itu,” ujarnya.

Muhamad Zaki memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan salah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya