Kia Sorento generasi ke-4 kini dibuka untuk tempahan - Utusan Malaysia

Kia Sorento generasi ke-4 kini dibuka untuk tempahan

KIA SORENTO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dinamikjaya Motors Sdn. Bhd., pengedar tunggal untuk jenama Kia di Malaysia melancarkan generasi keempat Kia Sorento,  kenderaan utiliti sukan (SUV) yang menampilkan konsep berani yang diperhalusi menjadinya berbeza dari generasi sebelumnya.

Menurut kenyataannya, konsep ‘keberanian yang diperhalusi’ memberi inspirasi kepada pereka Kia dalam mengekalkan estetika yang teguh dan kelihatan lasak daripada generasi terdahulu Sorento sambil menerapkan tahap kehalusan, keanggunan dan kesukanan yang lebih tinggi.

Katanya, bahagian hadapan Sorento berubah dengan tafsiran baharu Kia dengan gril ‘hidung harimau’, memaparkan bentuk yang lebih lebar yang melilit pada lampu depan pada setiap sisi.

“Ukuran Sorento disesuaikan secara halus untuk menjadikannya kelihatan lebih panjang dengan ‘overhang’ depan dan belakang yang lebih pendek dan serta jarak roda yang lebih panjang.

“Sorento juga menampilkan perubahan dalam kualiti dan reka bentuk untuk kabinnya dan dilengkapi dengan bahan berkualiti premium dan hiburan maklumat terkini sambil mengekalkan keluasan dan serba boleh,” katanya.

Tambahnya, kualiti bahan Sorento generasi keempat dipertingkatkan dengan reka bentuk generasi akan datang yang canggih dengan gabungan trim logam, upholsteri kulit dan permukaan kayu dengan kesan timbul. 

“Sistem ‘infotainment’  model ini serasi dengan Apple Carplay dan Android Auto untuk menyediakan penyepaduan telefon pintar yang lancar,” ujarnya.

Selain itu, dari segi rangkaian kuasa dan konfigurasi tempat duduk, Sorento didatangkan dalam dua  jenis susun atur tempat duduk iaitu varian konfigurasi dengan tujuh tempat duduk asas (2-3-2) dilengkapi dengan enjin petrol 2.5L ‘Smartstream’ 2WD. 

“Seterusnya, konfigurasi enam tempat duduk (2-2-2) didatangkan dalam dua pilihan rangkaian kuasa, enjin petrol AWD 2.5L ‘Smartstream’ dan enjin diesel 2.2L ‘Smartstream’ AWD,” jelasnya.

Jelasnya, kedua-dua varian enjin petrol ‘Smartstream’ dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan dan menghasilkan sehingga 177 kuasa kuda dan tork 232 Nm. 

Bagi varian enjin diesel 2.2D ‘Smartstream’ dipadankan dengan transmisi klac berkembar basah lapan kelajuan baharu Kia (8DCT), yang direka untuk menawarkan peralihan yang lancar dan meningkatkan kecekapan bahan api serta menghasilkan 199 kuasa kuda dan tork 440 Nm.

Model tersebut dipasang secara tempatan di kilang Inokom Assembly yang terletak di Kulim, Kedah dan akan disediakan secara tempatan dalam masa terdekat pada harga bermula dari RM220,000 hingga RM255,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.