Kastam sedia urus GST jika dilaksanakan semula 

Kastam sedia urus GST jika dilaksanakan semula 

ZAZULI Johan (kiri) menyampaikan sumbangan beras dan kain kepada mangsa banjir di Kompleks ICQS Pengkalan Kubor Tumpat, Kelantan hari ini-UTUSAN/ROHANA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TUMPAT: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) sudah bersedia untuk menguruskan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sekiranya dilaksanakan semula.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zazuli Johan berkata, JKDM sedang menunggu keputusan daripada kerajaan untuk pelaksanaan cukai berkenaan.

“Mengenai kadar GST yang akan dikenakan, JKDM menyerahkan perkara tersebut kepada kerajaan untuk menentukan,” katanya kepada pemberita selepas program Khidmat Bakti Bersama Masyarakat Siam di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Pengkalan Kubor, di sini hari ini.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan antara aktiviti gelap atau bawah tanah untuk mengelak membayar cukai adalah menipu taksiran cukai dan menjalankan perniagaan tidak sah.

Sehubungan itu, GST perlu kembali dilaksanakan selain mengadakan rundingan bersama syarikat berkaitan dalam mengekang aktiviti ‘over shadow’ itu.

Dalam perkembangan lain, Zazuli mahu penduduk di kawasan sempadan menjadi mata dan telinga JDKM dalam membendung aktiviti penyeludupan.

Katanya, kerjasama itu melalui penyaluran maklumat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya