Joran pelepah salak patah, warga emas teruja naikan ikan keli seberat 600 gram

Joran pelepah salak patah, warga emas teruja naikan ikan keli seberat 600 gram

ZUBAIDAH Ismail (kanan) teruja berjaya menaikkan ikan keli walaupun batang pancing diperbuat daripada pelepah salaknya patah ketika menyertai pertandingan di tali air Kampung Perangkap, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Keterujaan jelas terpancar diraut wajah seorang wanita warga emas apabila berjaya menaikkan seekor ikan keli seberat 600 gram walaupun batang joran yang diperbuat daripada pelepah salak patah semasa menyertai pertandingan memancing anjuran keluarga Mek Gayah di tali air Kampung Perangkap di sini hari ini.

Warga emas berkenaan, Zubaidah Ismail, 62, berkata, dia sama sekali tidak menyangka rezeki berpihak kepadanya walaupun joran patah semasa memancing.

“Saya anggap ia rezeki terpijak selepas dua jam menunggu umpan dimakan. Untuk pertandingan ini saya menggunakan udang hidup yang dibawa.

“Pertandingan ini amat baik kerana ia menggamit semula memori sewaktu kecil. Pada masa sama, ia boleh memberikan pendedahan kepada generasi muda kaedah memancing yang digunakan oleh orang-orang terdahulu,” katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Sementara itu, penganjur program Norlida Jaafar, berkata, pertandingan memancing ini disertai 200 peserta yang menggabungkan kaedah memancing secara tradisional dan moden.

Katanya, bagaimanapun ramai yang memilih untuk memancing menggunakan pelepah salak.

“Sebanyak 32 kilogram (kg) ikan keli dan ikan patin telah dilepaskan ke dalam tali air tersebut.

“Ini merupakan acara kali kedua yang dianjurkan dan ia telah berjaya menarik ramai penduduk kampung menyertainya tanpa mengira usia,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya