Jiu-jitsu bertanding dalam empat kejohanan utama tahun ini

Jiu-jitsu bertanding dalam empat kejohanan utama tahun ini

Dari kiri ke kanan: Shahrizal Md. Sidek; Presiden Persekutuan Jiu-jitsu Malaysia, Lim Fang Han, Adam Adli Abd. Halim, Adam Akasyah dan timbalan pengurus pasukan kebangsaan, Faeznur Farouk mengadakan pertemuan di Menara KBS, Putrajaya hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selepas membutirkan dua pingat dalam Sukan SEA Hanoi tahun lalu, skuad jiu-jitsu tampil dengan sasaran baharu, iaitu menyertai empat kejohanan utama tahun ini, termasuk Sukan SEA Kemboja (Mei) dan Sukan Asia di Hangzhou pada September ini.

Pengurus pasukan jiu-jitsu kebangsaan, Shahrizal Md. Sidek berkata, beberapa atlet muda akan turut diberi peluang menyertai kejohanan antarabangsa seawal bulan depan, khusus bagi mencari pelapis.

“Tahun ini, kami sasarkan untuk menyertai empat kejohanan besar, Sukan SEA dan Sukan Asia antara yang paling penting. Untuk sekarang, kami akan mulakan juga mencari skuad pelapis, kerana kami mahu berikan yang terbaik dalam Sukan SEA Kuala Lumpur pada 2027 nanti.

“Buat masa ini, ada beberapa pertandingan kami rancang untuk ber pendekatan kepada baka-bakat baru tersebut seperti Kejohanan Asia JJIF (Persekutuan Jiu-jitsu Antarabangsa), di Bangkok pada bulan hadapan. Bagi kejohanan JJIF ini, kami sertai satu lagi pada November nanti di Mongolia.

“Selain empat kejohanan ini, ada juga atlet yang akan bertanding dalam kejohanan lain secara persendirian,” katanya selepas melakukan kunjungan hormat bertemu Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd. Halim di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, hari ini.

Pada Sukan SEA Hanoi 2021, skuad jiu-jitsu berjaya meraih pingat perak dalam kategori bawah 69 kilogram (kg) lelaki menerusi Adam Akasyah dan pingat gangsa dalam bawah 48kg menerusi Bless Yeap.

Malaysia kali pertama menghantar atlet bertanding dalam sukan jiu-jitsu sejak ia mula dipertandingkan dalam Sukan SEA 2019 di Filipina, dengan Cassandra J. Poyong melakar sejarah apabila meraih pingat perak selepas tewas kepada peserta tuan rumah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya