Hishammuddin terima surat gantung, tidak nyatakan sebab 

Hishammuddin terima surat gantung keahlian, tidak dinyatakan sebab  

HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan menerima surat penggantungan keahlian dalam UMNIO hari ini.

Bekas Naib Presiden UMNO itu berkata, bagaimanapun tiada sebab yang dinyatakan dalam surat tersebut berikutan penggantungan terhadapnya.

“Baru sahaja menerima surat rasmi bertarikh semalam berhubung penggantungan keahlian UMNO saya.

“Tiada sebab penggantungan dinyatakan,” katanya menerusi hantaran di media sosialnya, hari ini.

Surat yang ditandatangani Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan itu dikongsi di media sosial Hishammuddin hari ini.

Menurut Ahmad, tindakan terhadap Hishammuddin diambil di bawah Fasal 10.6 dibaca bersama Fasal 5.9 Perlembahaan UMNO kerana tindakan beliau melanggar Fasal 20.9.

“Pengantungan ini adalah selama tempoh enam tahun bermula daripada 27 Januari 2023 atau dua penggal pemilihan Majlis Kerja Tertinggi UMNO,” katanya.

Dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang berlangsung Jumaat lalu, dua pemimpin dipecat iaitu bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar dan bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya