Haram sambut Hari Agama Sedunia

Haram sambut Hari Agama Sedunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Haram bagi umat Islam menyambut Hari Agama Sedunia yang kini dianjurkan penganut ajaran Bahai di Amerika Syarikat.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan (PMWP) berkata, sambutan perayaan itu bertujuan mempopularkan ajaran Bahai sebagai idea universal berdasarkan prinsip-prinsip keesaan tuhan, kesatuan agama, dan mempersatukan seluruh manusia.

Menurutnya, seluruh umat Islam diseru untuk tidak terlibat atau mengambil bahagian dalam menyambut perayan Hari Agama Sedunia atau apa-apa inisiatif yang mengangkat idea Pluralisme Agama.

“Bagaimanapun, seluruh umat Islam sama sekali tidak boleh berlaku zalim kepada sesiapa sahaja, bahkan hendaklah berlaku adil dan menunaikan tanggungjawab serta memberi hak sesama manusia.

“Ini kerana Islam memiliki ciri-ciri universal sebagai agama yang realistik dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia,” katanya dalam artikel terbaharu menerusi Irsyad Al-Fatwa.

Katanya, sambutan Hari Agama Sedunia diadakan pada setiap hari Ahad, minggu ketiga pada bulan Januari.

Dalam pada itu, PMWP berkata, agenda pluralisme agama itu menjurus ke arah pemahaman yang menyamaratakan kebenaran dan keabsahan semua agama.

Menurutnya, agenda ini juga memperlihatkan bahawa tiada agama yang sempurna dan berhak melakukan penilaian ke atas satu sama lain.

Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia mengharamkan pemikiran liberalisme dan pluralisme agama di Wilayah-Wilayah Persekutuan.

Manakala, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia kali ke 74 pada 25 hingga 27 Julai 2006 telah menggariskan dan menetapkan bahawa pluralisme agama adalah sebuah fahaman yang sesat untuk diamalkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya