Hamidin jumpa PM bentang hala tuju bola sepak tempatan

Hamidin jumpa PM bentang hala tuju bola sepak tempatan

HAMIDIN Mohd. Amin (kanan) menghadiahkan jersi Malaysia kepada Anwar Ibrahim sempena kunjungan hormat di Bangunan Perdana Putra Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Haji Mohd. Amin hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya.

Dalam pertemuan sejam itu, Hamidin berkongsi agenda terkini hala tuju industri bola sepak tempatan terutama persiapan skuad Harimau Malaya yang akan berdepan Thailand pada perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

Hamidin juga memaklumkan persiapan skuad kebangsaan untuk menghadapi Piala Asia pada Januari 2024, yang mana Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon layak secara merit selepas tempoh 43 tahun, Jun tahun lalu.

“Saya juga menzahirkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada Anwar atas kesudian Perdana Menteri meluangkan masa membincangkan beberapa agenda penting bola sepak negara terutama perlawanan utama membabitkan skuad kebangsaan.

“Pertemuan ini amat bermakna bagi kami dalam merencana hala tuju masa depan bola sepak negara terutama menjelang perlawanan penting Harimau Malaya, esok (malam ini).

“Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Datuk Seri Anwar, kerana memberi saya ruang berkongsi visi dan misi FAM, F:30 serta perkembangan pembinaan ibu pejabat baharu FAM dan pusat latihan kebangsaan di Putrajaya,” kata Hamidin dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Hamidin juga berbesar hati dengan Anwar yang pernah menyandang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 1983 dalam menyuarakan sokongan padu beliau buat bola sepak negara.

Dalam pertemuan itu, Hamidin yang diiringi Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman turut memaklumkan mengenai perkembangan terkini bola sepak wanita, futsal, bola sepak pantai dan pembangunan pengadil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya