Gol cantik Rashford bawa United hampiri final Piala Liga

Gol cantik Rashford bawa United hampiri final Piala Liga

MARCUS Rashford meledak gol pembukaan Manchester United ketika menentang Nottingham Forest pada separuh akhir pertama Piala Liga di Stadium The City Ground, Nottingham hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NOTTINGHAM, England: Marcus Rashford meneruskan prestasi sensasi dengan meledak gol solo yang menakjubkan untuk membawa Manchester United sebelah kaki menghampiri final Piala Liga dengan menumpaskan Nottingham Forest 3-0 hari ini.

Pemain berusia 25 tahun itu yang menjaringkan gol ke-10 dalam 10 perlawanan tidak menunggu lama untuk meletakkan pasukannya di depan apabila berlari dari sayap kiri melepasi Serge Aurier dan Joe Worral sebelum merembat bola menewaskan Wayne Hennessey seawal minit keenam.

Wout Weghorst dan Bruno Fernandes menambah dua lagi jaringan pasukan pelawat, sekali gus memastikan mereka berada pada kedudukan selesa apabila menerima kunjungan Forest di Old Trafford, Khamis depan.

BRUNO Fernandes (dua, kiri) melengkapkan gol ketiga Manchester United. – AFP

Perlawanan itu mungkin lebih sengit jika jaringan jarak dekat Sam Surridge pada babak pertama tidak dibatalkan oleh video bantuan pengadil (VAR) kerana ofsaid.

Begitupun, United menguasai sebahagian besar permainan dan menjadi pilihan untuk menentang Newcastle atau Southampton perlawanan akhir di Wembley bulan depan.

Kemenangan itu bukan sahaja menebus kekecewaan United selepas kalah 3-2 kepada Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris, Isnin lalu, malah meletakkan anak-anak buah Erik ten Hag menghampiri kejuaraan pertama mereka sejak memenangi Liga Europa 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya