Gelaran terulung ASN 2021 jadi buruan

Gelaran terulung ASN 2021 jadi buruan

AZIZULHASNI meraih pingat perak di Olimpik Tokyo 2020.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persaingan dijangka sengit untuk kesemua 10 calon yang bakal merebut gelaran Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan yang bakal diketahui hari ini dalam Anugerah Sukan Negara 2021 (ASN) yang akan berlangsung di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Bintang basikal trek negara Datuk Azizul Hasni Awang, dilihat memiliki peluang besar untuk mempertahankan gelaran itu, berdasarkan pencapaiannya meraih pingat perak acara keirin ketika bersaing di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Atlet kelahiran Terengganu itu sudah pun dinobatkan dengan Olahragawan Kebangsaan sebanyak empat kali bermula pada 2009, 2010, 2017 dan 2020.

Sekiranya, Azizul Hasni yang diberi julukan ‘The Pocket Rocketman’ dipilih sekali lagi, bermakna beliau akan muncul atlet paling banyak memenangi anugerah berkenaan selepas menyamai rekod Datuk Rashid Sidek dan Datuk Lee Chong Wei yang telah memenanginya sebanyak empat kali.

Pencabarnya, beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik yang turut menyumbang pingat gangsa dalam temasya itu selepas menumbangkan gandingan Indonesia, Hendra Setiawan dan Mohammad Ahsan.

Lain-lain pencabar yang turut berupaya melakukan kejutan adalah Buda Anchah (bina badan), Ng Eain Yow (skuasy) serta Syarifuddin Azman (permotoran dua roda).

Bagi kategori Olahragawati Kebangsaan, persaingan pula membabitkan Datuk Pandelela Rinong daripada sukan terjun, Meilaura Dora Jimmy (bina badan), Rachel Arnold dan Aifa Azman (skuasy) serta Nur Amisha Azril Rizal (muaythai).

Selain itu, sembilan lagi anugerah turut menjadi rebutan untuk ASN 2021, antaranya Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan, Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.

Pemenang Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan serta Olahragawan dan Olahragawati Paralimpik Kebangsaan bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM20,000, serta sebuah piala, piala iringan dan juga sijil penghargaan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya