Dua lelaki warga Bangladesh ditahan miliki bunga api tanpa permit 

Dua lelaki warga Bangladesh ditahan miliki bunga api tanpa permit 

WAN KAMARUL AZRAN WAN YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Polis menahan dua lelaki warga Bangladesh dan merampas pelbagai jenis bunga api dipercayai tanpa permit bernilai kira-kira RM15,000 di sebuah kedai serbaneka di kawasan perniagaan Meranti Jaya di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, suspek berusia 26 tahun dan 29 tahun yang bertindak sebagai penjaga premis itu ditahan kira-kira pukul 9.20 malam oleh sepasukan anggota dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang ketika menjalankan operasi pemantauan penjualan bunga api.

“Pemeriksaan di dalam premis berkenaan menjumpai sebanyak 58 kotak kotak bunga api jenis ‘Pop Pop’ dan ‘Happy Boom’ yang dianggarkan bernilai RM15,000. Penjaga premis gagal menunjukkan permit membawa masuk atau keluar menjual bahan letupan dan bunga api (POL 123) dan bertindak menahan kedua-dua suspek,” katanya dalam sidang akhbar di IPD Sepang hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 39 (b) Peraturan Imigresen 1963. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN