Bekalan ayam bakal susut 40%, kerajaan perlu serius selesaikan masalah sekatan eksport induk ayamBekalan ayam bakal susut 40%

Bekalan ayam bakal susut 40%, kerajaan perlu serius selesaikan masalah sekatan eksport induk ayam

KERAJAAN perlu bersedia memastikan bekalan ayam tidak berkuangan supaya krisis makanan tidak berlaku- GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Negara berdepan ancaman keselamatan makanan serius kerana bekalan ayam seluruh negara dijangka menyusut 40 peratus menjelang Jun tahun ini.

Penyusutan tersebut, jika benar-benar berlaku, akan menyaksikan bekalan ayam di pasaran berkura­ngan daripada 2.2 juta ekor sehari, kepada cuma 1.3 juta ekor, iaitu kekurangan sebanyak 900,000 ekor ayam.

Sumber industri ternakan ayam yang ditemui Utusan Malaysia semalam mendedahkan, isu kekurangan bekalan protein itu berlaku kerana penularan wabak selesema burung yang serius di hampir seluruh negara di hemisfera utara terutama di Eropah dan Amerika Syarikat.

Katanya, Malaysia bergantung kepada import ayam pembiak baka atau parent stock (PS) dari Kesatuan Eropah (EU) dan Amerika Syarikat.

Malangnya, negara-negara ter­sebut kini mengetatkan eksport PS masing-masing lantaran wabak yang mengancam nyawa manusia.

“Bahawa jika mana-mana negara ada penyakit berkaitan unggas, mereka harus memaklumkan kepada The Office International des Epizooties (OIE), iaitu badan antarabangsa yang memantau penyakit berjangkit,” katanya semalam.

Sumber berkata, kesan akibat sekatan eksport stok PS ke Malaysia, menyebabkan negara dijangka berdepan penyusutan kira-kira 900,000 ekor ayam sehari kerana tiada baka untuk dipelihara.

“Kita menjangka, berdasarkan hasil perbincangan dengan pemain industri minggu lepas, kira-kira 40 peratus bekalan ayam akan menyusut yang akan mula dirasai menjelang pertengahan tahun ini,” katanya. Dalam pada itu, sumber berkata, pihaknya difahamkan kerajaan mengadakan sesi libat urus dengan sebuah kementerian serta agensi bagi memujuk 10 buah syarikat ayam tempatan agar berkompromi mendapatkan bekalan daripada pembekal PS dalam negara.

Ini kerana, kata sumber tersebut, negara mempunyai empat syarikat gergasi yang mengeluarkan ayam stok tuai atau grand parent stock (GPS).

“Daripada ayam stok tuai itulah, kemudian ditetaskan dan dibela menjadi ayam pembiak baka (PS). Daripada empat syarikat yang mengeluarkan GPS, kepada 22 syarikat seluruh negara yang mengeluarkan PS.

“Tapi, dalam 22 syarikat yang mengeluarkan PS ini, hanya 12 saja yang menggunakan pakai baka GPS daripada empat pembekal tadi manakala, 10 syarikat PS yang lain pula, menggunakan baka PS dari luar negara iaitu negara-negara di hemisfera utara terutama Eropah,” kata sumber.

Pada masa sama, sumber berkata pihaknya difahamkan bahawa kerajaan juga sedang mencari alternatif lain mendapatkan bekalan GPS dan PS dari Australia dan New Zealand.

“Tapi, jika kerajaan gagal memujuk pemain industri ayam tempatan mengambil stok PS dari pembekal tempatan, atau gagal memastikan Australia atau New Zealand memeterai perjanjian pembekalan, maka kesannya, 40 peratus bekalan ayam akan menyusut bermula Jun tahun ini,” kata sumber.

Sementara itu, sumber industri telur yang ditemui juga mengakui kesan sekatan eksport baka PS ayam penelur turut melanda sektor tersebut.

Berikut rajah yang menunjukkan setiap proses dalam industri ayam, dan bagaimana kartel mengawal proses-proses tersebut

1Stok induk ayam – Kartel kawal stok induk ayam, sama ada dari sumber tempatan sedia ada mahupun yang diimport dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan Kesatuan Eropah

2Ladang baka – Penghasilan telur ayam dari stok induk untuk penetasan

3Pusat penetasan – Penetasan telur ayam menjadi anam ayam (Day-old chick atau DOC)

4Ladang ayam – Ada kira-kira 2,600 ladang mengeluarkan 2.2 juta ekor ayam dewasa sehari

5.Penyembelihan dan pemprosesan – Cuma 30 peratus diproses di kilang yang memenuhi piawaian keselamatan makanan bertaraf dunia6

Proses lanjutan – Pengeluaran produk hiliran seperti ayam kisar, burger, sosej dan nuget ayam

  1. Pemasaran dan pengedaran/-UTUSAN
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya