Allianz Malaysia raikan Tahun Baru Cina

Allianz Malaysia raikan Tahun Baru Cina

allianz
(Dari kiri) Ketua Pegawai Jualan Allianz Life Insurance Malaysia Berhad (Allianz Life) Raymond Cheah, Ketua Pegawai Kewangan Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) Giulio Slavich, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Life Charles Ong, Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Sean Wang, Ketua Pegawai Operasi Allianz Malaysia Stefan Ritz dan Ketua Pegawai Operasi Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad Andrew Sim di Pusat Perkhidmatan Pelanggan Allianz di Plaza Sentral semalam.

PETALING JAYA: Allianz Malaysia Berhad raikan Tahun Baru Cina dengan persembahan tarian singa di Ibu Pejabatnya di Menara Allianz Sentral dan Pusat Perkhidmatan Pelanggan Allianz di Plaza Sentral, di Kuala Lumpur Sentral.

Persatuan Tarian Singa dan Naga  Kun Seng Keng telah membuat persembahan akrobatik serta adat choy cheng, atau memetik daun hijau.

Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Berhad Sean Wang berkata, mereka sangat berbesar hati dapat meraikan Tahun Baru Cina dengan persembahan tarian singa yang menyeronokkan oleh Persatuan Tarian Singa dan Naga Kun Seng Keng.

“Kami ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai kepada semua rakyat Malaysia! Semoga Tahun Arnab ini dapat memberikan kita kesabaran, aura yang menenangkan dan diberikan kekayaan, kemakmuran, kesihatan dan kebahagiaan,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN